Saturday 9 June 2012

Hadith (9): Ancaman menyibukkan diri dalam urusan keduniaan (sehingga melalaikan)


عَنْ أَبِي أُمَامَةَ البَاهِلِيِّ، قَالَ: وَرَأَى سِكَّةً وَشَيْئًا مِنْ آلَةِ الحَرْثِ، فَقَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: لاَ يَدْخُلُ هَذَا بَيْتَ قَوْمٍ إِلَّا أَدْخَلَهُ اللَّهُ الذُّلَّ ، قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ: وَاسْمُ أَبِي أُمَامَةَ صُدَيُّ بْنُ عَجْلاَنَ.

Maksudnya:
Dari Abu Umamah al-Bahili katanya dan dia melihat bajak dan alat-alat pertanian, maka dia berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Tidaklah alat ini masuk ke rumah suatu kaum melainkan Allah akan memasukkan kepadanya kehinaan. Muhammad berkata, nama Abi Umamah adalah Suday bin Ajlan.

[Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Hars wa al-Muzara'ah, Bab Siksaan yang Ditakuti Akibat Menyibukkan Diri dengan Alat Pertanian atau melebihi batas yang Diperintahkan, Hadis no.2321.]

Huraian Hadith:

Berdasarkan hadith di atas menenunjukkan bahawa masyarakat pada kita itu sangat sibuk dengan hal ehwal keduniaan khususnya dalam bidang pertanian sehinggakan mengabaikan perintah-perintah yang wajib pada ketika seperti tidak bersedia untuk berperang melawan musuh islam kerana sibuk dengan perkara keduniaan. Walaubagaimanapun hadith di atas tidaklah menunjukkan bahawa larangan bercucuk tanam atau bertani secara mutlak kerana terdapat hadith lain yang menggalakkan bercucuk tanam  akan tetapi sesorang itu hendaklah memilih yang mana perlu diutamakan seperti perintah wajib perlu didahulukan berbanding dengan perintah sunat.  Sepertimana Imam Bukhari menyatakan cara yang silap dalam melakukan pertanian adalah apabila seseorang yang terlampau sibuk dengan urusan pertaniannya sehingga terabai apa yang telah diperintahkan untuk dipelihara seperti tuntutan solat dan sebagainya. Imam Bukhari menambah lagi bahawa sekiranya seseorang itu tidak lalai dalam apa yang diperintahkan tetapi mereka melampaui batas dalam urusan pertanian juga termasuk dalam maksud hadith ini.

 Pengajaran:  
  1. Bersungguh dalam melakukan apa-apa sahaja perkara yang bermanfaat tanpa mengabaikan tuntutan akhirat.
  2. Jangan jadikan alat atau sesuatu perkara yang boleh menghalang kita untuk beribadat dan mengingati Allah.
  3. Sentiasa mengingati dan berzikir kepadaNya dalam apa jua perkerjaan agar mendapat keredaan.
Rujukan: Fathul Baari Penjelasan Shahih Bukhari.

No comments:

Post a Comment