Sunday 13 May 2012

Hadith (6):Larangan Jual Beli Gharar


LARANGANN  JUAL BELI SECARA GHARAR

وحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ إِدْرِيسَ وَيَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ وَأَبُو أُسَامَةَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ ح و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَاللَّفْظُ لَهُ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ حَدَّثَنِي أَبُو الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الْحَصَاةِ وَعَنْ بَيْعِ الْغَرَرِ
(HR Muslim, Kitab Al-Buyu’, Bab: Buthlaan Bai’ Al-Hashah Wal Bai’ Alladhi fihi Gharar. No hadis 1513)

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW melarang jual beli secara campak anak batu dan jual beli secara penipuan.

Keterangan Hadis

Jual beli dengan campak anak batu dapat diketahui melalui 3 takwilan:
  1. si penjual berkata: “aku jual kepada kau, pakaian ini mengikut tempat jatuhnya anak batu yang aku lemparkan ini”.
  2. Si penjual berkata: “Aku jual kepada kau mengikut pilihan kau dengan balingan anak batu ini”.
  3. Si penjual berkata: “Jika kau lempar anak batu pada baju ini maka aku akan jualkan baju ini kepada kau dengan harga ini”.
Beradasarkan dengan jual beli secara campak dapat difahami pada masa kini adalah seseorang membeli sesuatu secara “tikam” atau secara andaian dan tidak ada kepastian terhadap barang yang dia dapati tersebut.

Manakala jual beli Gharar adalah:
Menjurut bahasa Arab, makna  al-Gharar adalah al-khathr (pertaruhan)[1]. Sehingga Sheikh Islam Ibn Taimiyyah menyatakan bahawa al-Gharar adalah yang tidak jelas hasilnya (majhul al-a’qibah)[2]. Sedangkan menurut Sheikh al-Sa’di al-Gharar adalah al-Mukhatharah (pertaruhan) dan al-Jahalah (ketidak pastian). Semua perkara ini temasuk dalam ketegori perjudian[3].

Oleh itu daripada penjelasan ini, dapat disimpulkan bahawa pengertian jual beli al-Gharar adalah semua jual beli yang mengandungi ketidakjelasan, pertaruhan dan perjudian.

Manakala dalam syariat islam, jual beli berbentuk gharar ini adalah terlarang seperti mana sabda di atas kerana dalam sistem jual beli gharar ini terdapat unusr-unsur penipuan, memakan harta orang lain dengan cara yang batil dan hasil dari keuntungan yang tidak pasti. Allah SWT amat menegah dan melarang memakan harta orang lain dengan cara batil sebagaimana tersebut dalam firmannya pada surah Al-Baqarah ayat ke 188:
Maksudnya: dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Oleh itu amat jelas la kenapa Rasulullah SAW melarang jual beli secara gharar. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah menjelaskan bahawa pengharaman jual beli ini adalah larangan Allah dalam al-Quran iaitu larangan memamkan harta orang dengan batil, di samping diperkukuhkan lagi dengan sabda Baginda SAW di atas.
Menurut keterangan Sheikh al-Sa’d bahawa jual beli gharar adalah termasuk dalam kategori perjudian. Manaka sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah sendiri menyatakan bahawa semua jual beli al-Gharar seperti menjual burung di udara, unta dalam dalam kandungan, buah-buahan sebelum masak serta jual beli al-Hashaah. Semuanya adalah termasuk sebagai perjudiaan yang diharamkan oleh Allah di dalam al-Quran itu sendiri[4].

Pengajaran Hadis.
  1. Hikmah larangan jual beli ini adalah menampakkan pertaruhan dan menimbulkan sikap permusuhan pada orang yang dirugikan. Sehingga boleh membawa kepada kerugian yang besar kepada pihak lain.
  2. larangan ini untuk menjaga harta agar tidak hilang dan menghilang sikap permusuhan yang terjadi pada orang akibat mengamalkan jual beli ini
  3. Mengelakkan belakunya penindasan dan penipuan dalam jual beli
  4. Menunjukkan Syariat Islam amat menetikberatkan soal muamalat (jual beli) dan jujur serta amanah dalam segala aspek.


[1] Mu’jam al-Wasith, halaman 648
[2] Majmu’ Fatwa, 29/22
[3] Bahjah Qulub al-Abrar Wa Qurratu Ayyuni Al-Akhyaar Fi Syarhi Jawaami’ al-Akhbar, Abd al-Rahman bin Nasir as-Sa’d, Tahqiq Asyraf Abd al-Maqshud, cetakan 2, 1992. Dar Al-Jalil. Halaman. 164
[4] Majmu’ Fatwa, 29/22

No comments:

Post a Comment