Saturday 9 June 2012

Hadith (12): Setiap sesorang adalah pemimpin


حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه

Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar, daripada Nabi SAW, beliau bersabda: “Ketahuilah Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpin. Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah tangga,suami dan anak-anaknya, dan akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba adalah pemimpin bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang kamu pimpin.”

( Imam Muslim, Kitab Kepimpinan ,Bab keutamaan pemimpin yang adil, ancaman terhadap pemimpin yang tidak  adil dan galakan berlemah lembut terhadap rakyat serta larangan menyusahkan mereka,  no.hadith 3408.)

Syarah hadith:

Hadith di atas menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul dan ditunaikan dengan sebaik mungkin. Sekurang-kurangnya seseorang itu menjadi pemimpin untuk dirinya sendiri agar tidak terjemus dan lalai dengan maksiat apatah lagi sekiranya seorang bapa hendaklah menunaikan haknya sebagai ketua keluarga dengan memimpin anak-anak dan isteri-isterinya dengan baik dan begitulah juga perumpamaan terhadap ketua atau pemimpin sesebuah negara.

Walaupun begitu, setiap yang dipimpin hendaklah atau wajib mematuhi segala apa yang diperintahkan oleh pemimpin atau ketua selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat kerana sesuatu organisi tidak akan sempurna sekiranya ia berjalan secara berasingan. Oleh itu, pemimpin mestilah menjalankan amanah sebagai seorang pemimpin  manakala rakyat atau yang dipimpin hendaklah mematuhi segala arahan yang menjalankan tugas sebagai seorang rakyat.

Pemimpin adalah seorang yang memegang amanah bertanggungjawab ke atas tanggungjawab yang dipikulnya, dan apa yang terletak dibawah naungannya. Maka apa yang terletak dibawah perlindungannya adalah dituntut untuk berlaku dengan adil dan membangunkannya dengan menjaga kepentingan dan kemaslahatan dalam agama dan dalam kehidupannya serta yang berkaitan dengannya.

Pengajaran:
  1.  Setiap pemimpin hendaklah menjalankan tugas secara adil dan beramanah serta tidak membebankan bebanan yang tidak dapat dilaksanakan oleh rakyat
  2. Pemimpin atau pemerintah hendaklah mematuhi dan mentaati segala perintah Allah serta memimpin mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
  3. Seseorang individu hendaklah melantik pemimpin yang mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin atau pemerintah.
  4. Hendaklah memetuhi dan mentaati segala perintah pemimpin salagi mana tidak bertentangan dengan syariat.
  5. Hendaklah menilai atau mengukur diri sendiri terlebih dahulu sekiranya diangkat atau dilantik menjadi pemimpin samaada dapat melaksanakan amanah dan tugas dengan sempurna atau tidak.
  6. Hendaklah melantik pemimpin dikalangan orang yang mengetahu ilmu-ilmu agama (alim).

10 comments:

  1. minta halalkan sy copy sedikit ayat ye..🙂

    ReplyDelete
  2. Bila Baca ini Teresa Beratnye

    ReplyDelete
  3. Mohon halalkan ilmu yg sya copy☺️

    ReplyDelete
  4. Saya copy ini, mohon halalkan, terima kasih

    ReplyDelete
  5. mintak halal copy ye terimakasih ;)

    ReplyDelete
  6. saya pun minta halalkan copy ilmu ini,terima kasih

    ReplyDelete
  7. sy mintak izin ambil pengajaran hadis yaa,, untuk keje skolah f5 bg tajuk ini,, terimaqaseh banyak☺

    ReplyDelete
  8. Minta izin diquotes penjelasan hadis. Jazakumullah

    ReplyDelete
  9. Doa kan saya dapat jawab trial spm besok

    ReplyDelete