Sunday 10 June 2012

Hadith (13): Fitnah Harta


حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ عَطَاءٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ سمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا وَلَا يَمْلَأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ
(al-Bukhari, Kitab al-Riqab, Bab berwaspada dengan fitnah harta, no.5956)

Maksudnya:

Rasulullah SAW bersabda: Seandainya anak Adam memiliki dua lembah harta; pasti ia menginginkan yang ketiga, sedangkan perut anak Adam tidaklah dipenuhi kecuali dengan tanah, dan Allah memberi taubat-Nya kepada yang bertaubat

Huraian Hadith:

Berdasarkan kenyataan hadith Nabi SAW di atas menunjukkan bahawa seseorang yang mengejarkan harta benda keduniaan tidak akan puas untuk mencarinya sehingga menyebabkan mereka akan terleka dengan keseronakkan dan tipu daya dunia. Sepertimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW bahawa seseorang itu akan menginginkan yang ketiga selepas mendapat yang kedua. Oleh itu seseorang anak adam akan menginginkan sebanyak mungkin sesuatu perkara mengikut kehendak hawa nafsunya walaupun keinginan itu tidak dapat dicapai atau digunaka dalam satu masa contohnya seseorang yang memiliki sebuah rumah yang besar dan mempunyai bilik kediaman yang banyak maka bolehkan sesorang itu menggunaka kesemua biliknya dalam satu masa.

Selain itu juga, harta adalah merupakan fitnah kepada manusia sehingga menyebabkan seseorang itu lalai dan leka dengan mengingati Allah. Walaubagaimanapun islam tidak melarang seseorang untuk mencari harta dunia tetapi seseorang itu hendaklah pandai menguruskan masa dan waktunya serta perlu memilih yang mana perlu didahulukan di samping dapat membezakan ibadat sunat dan wajib. Oleh itu, sekiranya seseoramg itu dapat menjaga segalanya maka akan menyebabkan hatinya terpaut kepada akhirat (Allah) dan harta adalah landasan untuk menuruskan kehidupan serta menjadikan seseorang itu hanya yakin kepada Allah bukan dengan harta yang dimilikinya kerana dengan harta menyebabkan seseorang menjadi kufur.
  

Pengajaran
  1. Hendaklah seseorang itu berhati-hati dengan harta dan tidak meletakkan harta untuk mencapai segala-galanya
  2. Allah  Maha pengampun dan pemaaf pada setiap hamba-hamba yang bertaubat kepada-Nya
  3. Hendaklah seseorang itu dapat menguruskan masa kehidupannya agar tidak lalai untuk beribadat kepadaNya
  4. Hendaklah seseorang itu bersederhana dalam mencari  harta benda dunia

No comments:

Post a Comment