حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا
لَيْثٌ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ نَافِعٍ
عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ
قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ
رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ
وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا
فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه
Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar, daripada Nabi SAW, beliau
bersabda: “Ketahuilah Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap
daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin.
Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta
pertanggungjawaban terhadap yang dipimpin. Seorang suami adalah pemimpin bagi
anggota keluarganya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka.
Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah tangga,suami dan anak-anaknya, dan
akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba adalah
pemimpin bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap
apa yang dipimpinnya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu
akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang kamu pimpin.”
( Imam Muslim, Kitab Kepimpinan ,Bab
keutamaan pemimpin yang adil, ancaman terhadap pemimpin yang tidak adil
dan galakan berlemah lembut terhadap rakyat serta larangan menyusahkan
mereka, no.hadith 3408.)
Syarah hadith:
Hadith di atas menjelaskan bahawa setiap
individu mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul dan ditunaikan
dengan sebaik mungkin. Sekurang-kurangnya seseorang itu menjadi pemimpin untuk
dirinya sendiri agar tidak terjemus dan lalai dengan maksiat apatah lagi sekiranya
seorang bapa hendaklah menunaikan haknya sebagai ketua keluarga dengan memimpin
anak-anak dan isteri-isterinya dengan baik dan begitulah juga perumpamaan terhadap
ketua atau pemimpin sesebuah negara.
Walaupun begitu, setiap yang dipimpin
hendaklah atau wajib mematuhi segala apa yang diperintahkan oleh pemimpin atau
ketua selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat kerana sesuatu organisi
tidak akan sempurna sekiranya ia berjalan secara berasingan. Oleh itu, pemimpin
mestilah menjalankan amanah sebagai seorang pemimpin manakala rakyat atau yang dipimpin hendaklah
mematuhi segala arahan yang menjalankan tugas sebagai seorang rakyat.
Pemimpin adalah seorang yang memegang amanah
bertanggungjawab ke atas tanggungjawab yang dipikulnya, dan apa yang terletak
dibawah naungannya. Maka apa yang terletak dibawah perlindungannya adalah
dituntut untuk berlaku dengan adil dan membangunkannya dengan menjaga
kepentingan dan kemaslahatan dalam agama dan dalam kehidupannya serta yang
berkaitan dengannya.
Pengajaran:
- Setiap pemimpin hendaklah menjalankan tugas secara adil dan beramanah serta tidak membebankan bebanan yang tidak dapat dilaksanakan oleh rakyat
- Pemimpin atau pemerintah hendaklah mematuhi dan mentaati segala perintah Allah serta memimpin mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
- Seseorang individu hendaklah melantik pemimpin yang mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin atau pemerintah.
- Hendaklah memetuhi dan mentaati segala perintah pemimpin salagi mana tidak bertentangan dengan syariat.
- Hendaklah menilai atau mengukur diri sendiri terlebih dahulu sekiranya diangkat atau dilantik menjadi pemimpin samaada dapat melaksanakan amanah dan tugas dengan sempurna atau tidak.
- Hendaklah melantik pemimpin dikalangan orang yang mengetahu ilmu-ilmu agama (alim).
minta halalkan sy copy sedikit ayat ye..🙂
ReplyDeleteBila Baca ini Teresa Beratnye
ReplyDeleteMohon halalkan ilmu yg sya copy☺️
ReplyDeleteSaya copy ini, mohon halalkan, terima kasih
ReplyDeletemintak halal copy ye terimakasih ;)
ReplyDeletesaya pun minta halalkan copy ilmu ini,terima kasih
ReplyDeletesy mintak izin ambil pengajaran hadis yaa,, untuk keje skolah f5 bg tajuk ini,, terimaqaseh banyak☺
ReplyDeleteMinta izin diquotes penjelasan hadis. Jazakumullah
ReplyDeleteminta izin untu copy ya
ReplyDeleteDoa kan saya dapat jawab trial spm besok
ReplyDelete