Saturday 9 June 2012

Hadith (8): Larangan transaksi secara riba


حَدَّثَنِي هَارُونُ بْنُ سَعِيدٍ الْأَيْلِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ عَنْ ثَوْرِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أَبِي الْغَيْثِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ وَأَكْلُ الرِّبَا وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ وَقَذْفُ الْمُحْصِنَاتِ الْغَافِلَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ
Maksudnya: dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah tujuh hal itu?” Rasulullah SAW menjawab: “ menyekutukan Allah SWT, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang haq, makan harta anak yatim, memakan riba, melarikan diri dari medan pertempuran dan menuduh zina kepada wanita yang baik lagi beriman.
(Takhrij: Muslim, Kitab Al-Iman, Bab Bayani Al-Kaba’ir Wa Akhbariha, No.89)
                                        
Huraian hadith

Berdasarkan hadith di atas Nabi SAW menjelaskan larangan dan tujuh dosa-dosa besar. Manakala salah satu daripadanya ialah memakan riba. Walaupun Islam mengharamkan riba maka ianya tidak bermakna Islam mengharamkan transaksi jual beli kerana Islam melarang secara keras dan tegas apa sahaja jual beli yang boleh menindas, menipu, dan menzalimi serta mengambil hak orang lain tanpa hak. Riba ialah suatu amalan yang menindas yang diamalkan oleh orang-orang Yahudi dan Arab Jahiliyyah. Allah SWT mengharamkan riba bagi seluruh hambaNya

Pengajaran Hadith:
  1. Riba adalah termasuk daripada tujuh dosa besar yang telah dijelaskan oleh Nabi SAW
  2. Transaksi jual beli riba boleh menyebabkan berlaku pergaduhan dan perpecahan antara dua pihak
  3. Menjalankan jual beli riba boleh membawa kepada sifat mementingkan diri dan tidak ada sifat tolong menolong antara satu sama lain.
  4. Boleh membawa kepada kemusnahan ekonomi negara.

Rujukan
  1. Sahih Muslim
  2. Ekonomi Dalam Perspektif Al-Quran Dan Al-Sunnah Oleh Mohd. Raddzi Othman & Ghafarullahhuddin Din.

No comments:

Post a Comment