Saturday 9 June 2012

Hadith (10) : Galakkan bersedeqah


حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مُنِيرٍ سَمِعَ أَبَا النَّضْرِ حَدَّثَنَا عَبْدُالرَّحْمَنِ هُوَ ابْنُ عَبْدِاللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللَّه عَنْهم قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَصَدَّقَ بِعَدْلِ تَمْرَةٍ مِنْ كَسْبٍ طَيِّبٍ وَلَا يَقْبَلُ اللَّهُ إِلَّا الطَّيِّبَ وَإِنَّ اللَّهَ يَتَقَبَّلُهَا بِيَمِينِهِ ثُمَّ يُرَبِّيهَا لِصَاحِبِهِ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ فَلُوَّهُ حَتَّى تَكُونَ مِثْلَ الْجَبَلِ
Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata. Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang bersedekah dengan kadar sebiji tamar daripada hasil kerja yang baik, dan Allah SWT tidak menerima kecuali yang baik, dan sesungguhnya Allah menerimanya dengan tangan kananNya, kemudian Allah akan menambah biakkan (harta sedekah tersebut) untuk pemberinya (sehingga menjadi besar dan banyak) sepertimana salah seorang daripada kamu membela dan menternak anak kudamu sehingga menjadi seperti sebuah gunung.

Takhrij: al-Bukhari, Kitab al-Zakat, Bab al-Sadaqah Min Kasb Tayyib, No.1410.

Huraian hadith:

Hadith di atas menunjukkan bahawa Allah SWT memberi perumpamaan kepada kita agar mengeluarkan harta samada bersedekah atau berzakat kerana ianya dapat membersihkan harta kita malah dapat menambahkan keuntungan dari hasil pelaburan seseorang melalui bersedekah. Walaupun pada zahirnya bersedekah dan mengeluarkan zakat membolehkan sesorang itu rugi tetapi pada hakikat ini Allah SWT telah menjanjikan kepada kita semua bahawa seseorag yang mengeluarkan zakat dan bersedekah maka Allah SWT akan berlipat kali gandakan hartanya. Selain itu juga hadith di atas menunjukkan bahawa Allah SWT tidak melihat atau menilai kuantiti seseorang yang mengeluarkan harta untuk bersedekah dan zakat malah Allah SWT melihat  kualiti seseorang itu yang ikhlas mengeluarkan hartanya untuk di jalan Allah.

Pengajaran daripada hadith:
  1. Hendaklah seseorang itu yakin dengan janji-janji Allah
  2. Bersedekah dan Zakat merupakan satu konsep pelaburan yang menguntungkan
  3. Dapat menanamkan sifat pemurah dan menghilangkan sifat mementingkan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment